Nama samaran atletik untuk sebuah
universiti atau
kolej di
Amerika Syarikat ialah nama yang secara rasmi digunapakai oleh institusi pendidikan tersebut, terutamanya untuk pasukan sukannya. Biasanya untuk membangkitkan semangat mahasiswa di universiti atau sekolah. Institusi pendidikan baik secara rasmi mahupun tidak rasmi menggunakan
nama samaran pasukan sukannya sebagai
nama panggilan untuk merujuk kepada orang-orang yang berkaitan dengan institusi pendidikan tersebut, bukan hanya siswanya saja tetapi juga
alumni,
fakulti, dan
pentadbirannya. Amalan ini pada peringkat kolej, universiti dan sekolah tinggi telah terbukti sangat popular sehingga meluas ke
sekolah menengah di Amerika Syarikat, bahkan dalam beberapa tahun terakhir sehingga ke peringkat
sekolah rendah.Untuk nama samaran yang menggunakan nama haiwan dalam bahasa Inggeris, biasanya dalam bentuk jamak atau sebagai kata benda kolektif,
[1] misalnya: Michigan Wolverines, Oregon Ducks, Princeton Tigers, Iowa Hawkeyes, California Golden Bears, Minnesota Golden Gophers, Texas Longhorns.